Sakit perut adalah antara symptom yg paling kerap dihadapi wanita terutamanya ketika period. Walaupun sakit perut adalah lumrah ketika wanita period, ia mungkin juga salah satu petanda yg seseorang wanita itu mempunyai cyst.
Teringat kisah lebih kurang 14 tahun yang lalu. I was still a medical officer that time, belum join O&G department lagi. Seorang kenalan rapat mengadu dia sakit perut yg teruk. Dia pergi ke GP, she was told to have "angin" and given antispasmodic medication. Her pain persisted.
"You ok ke?" nampak dia sakit perut sangat.. "why dont you see a gynae, mana tau ada cyst ke...."
So she went to a private hospital and true enough, dia ada ovarian cyst 8cm. Sebab dia datang agak dah terlambat dan cyst tu dah "twisted' dan menyebabkan ovary dia rosak - keseluruhan ovary nya terpaksa dibuang --> oophorectomy. She recovers well. Dah ada anak dah pon lepas tu.
A patient that i recently treated had lower abdominal pain dah 3 bulan.. Makin lama makin sakit, makin lama makin tak selesa. Bila scan ada cyst 7x5x4.78cm.
After discussion, pesakit ni menjalani pembedahan "laparoscopic cystectomy" - bermakna buang cyst sahaja dan pembedahan dilakukan menggunakan kaedah laparoscopy ( beberapa luka kecil dibahagian perut - peralatan camera digunakan). Pembedahan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih.
Alhamdulillah pesakit ini dah sembuh .
So if ada sakit-sakit yg lain dari biasa - sila berjumpa dengan dr untuk dapatkan rawatan.
Commenti