top of page
Writer's picturedrelyananoordin

Pregnancy weight gain - pertambahan berat badan ketika hamil.

Pertambahan berat badan yang optimum adalah amat penting ketika hamil. Jumlah pertambahan berat badan boleh memberi kesan jangkamasa pendek dan panjang kepada ibu dan bayi.


Kajian membuktikan pertambahan berat badan yang berlebihan menyebabkan bayi besar dan sebaliknya (quite obvious la kan 😉).


Risiko berat badan bertambah terlalu banyak:

⭕️ bayi besar

⭕️ gestational diabetes

⭕️ susah turun berat selepas bersalin


Risiko pertambahan berat terlalu sikit:

⭕️ bayi kecil

⭕️ bayi pramatang

⭕️ masalah kepada selepas lahir


Untuk ibu-ibu yang BMI kurang 25kg/m2 kadar pertambahan berat badan yg disyorkan ialah

500g setiap minggu pada trimester ke 2 dan 3, (range 250-600g setiap minggu)


Untuk ibu-ibu yang BMI 25-29.9kg/m2 pertambahan berat badan yg disyorkan ialah 230-320/minggu.


Untuk ibu-ibu yang BMI >30kg/m2 pertambahan berat badan yang disyorkan ialah 180-270/minggu.


Just to mention, ada kalanya berat badan naik sikit tetapi tumbesaran bayi ok, jika ini berlaku dan ibu tidak mempunyai masalah lain, selalunya tidak mengapa. Sila pastikan ibu-ibu mengikut temujanji pemeriksaan ibu&bayi yang telah ditetapkan.


Keep healthy.



3 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page