top of page
Writer's picturedrelyananoordin

Postpartum depression, baby blues

Sepanjang menjadi doktor O&G ni, saya dah melihat banyak kelahiran… Boleh dikatakan kesemuanya berita gembira buat pesakit dan suaminya. Tapi ada juga segelintir yang menghadapi dugaan selepas mendapat cahaya mata. Dugaan yang jarang diperbualkan. Dugaan yg dimaksudkan ialah kemurungan selepas bersalin atau “Postpartum Depression”


Saya stress doktor, saya tak suka baby saya…..

Itu bukan kata pesakit saya, tapi itulah kata-kata suami pesakit saya sejurus masuk ke klinik.



a man getting therapy for postpartum depression


“Baby saya asyik nangis je. Saya tak tau nak buat apa. Saya dah jumpa psychologist doktor..” sambungnya lagi. Mukanya nampak stress. Matanya berkaca. I know that feeling. You feel guilty when you have the thought that you dont like your baby. But you can’t help it.


Pesakit saya diam sahaja, die tunduk memandang baby yg disusukan.. pesakit ni baru sahaja bersalin seminggu yang lalu.


Saya terus berbual lagi dengan pesakit dan suami nya sambil memberi kata-kata semangat kepada mereka. Untuk couple ni, kedaan lagi mencabar kerana ini adalah anak pertama mereka dan juga mereka bersendirian. Kebanyakan kita yang bernasib baik, ada datuk dan nenek baby yang tolong tengok-tengokkan, tolong sama-sama jaga baby ringanlah sikit beban.


Saya bukanlah psychologist atau psychiatrist. Tapi saya percaya bila mereka dapat mengadu dan luahkan perasaan, mereka maybe akan rasa ok sikit. Cuba mendengar dan memahami masalah mereka. At the same time, kena pastikan luka bersalin tak sakit, pastikan pesakit boleh menyusu baby dengan baik, berbincang cara-cara nak kurangkan bengkak susu dan apa-apa saja yang boleh ringankan beban dari sudut sakit puan dan juga dari pandangan seorang ibu yg juga pernah bersalin dan berasa stress.


“Bila saya bagi baby saya kat bidan, baby saya terus berenti menangis” ini kata salah seorang suami pesakit yg lain pula.


“Saya rasa gagal doktor “ sambungnya lagi. Mukanya nampak kecewa. Sepanjang follow up sehingga 6 bulan selepas mendapat baby, pasangan ni masih stress lagi. Cuma nampak keadaan semakin baik.


Postpartum despression (PPD) tak sama dengan postpartum blues atau baby blues. Baby blues bersifat sementara manakala PPD berterusan dan lebih teruk serta menjejaskan kebolehan ibu (dan ayah) untuk menjaga baby dan menguruskan diri mereka sendiri.

Macam mana nak tau seseorang itu menghidap postpartum depsression atau tidak?

Ini kriteria nya:

  1. Kemurungan atau hilang minat untuk berbuat apa-apa aktiviti

  2. Perubahan selera makan and berat badan (sama ada naik atau turun)

  3. Susah tidur atau terlebih tidur

  4. Kepenatan

  5. Rasa serba salah tidak terhingga dan rasa tidak mempunyai nilai diri

  6. Tidak berupaya untuk fokus atau membuat keputusan dengan baik

  7. Ada niat untuk bunuh diri atau tidak sanggup lagi hidup

PDD bukan sahaja boleh terjadi kepada ibu yang melahirkan, malah ia juga boleh melibatkan ayah juga. Ia adalah masalah kesihatan yang memerlukan perhatian dan rawatan. Perlu kita ingat PDD bukanlah petanda yang seseorang itu lemah atau gagal untuk menjaga anak.


Kepekaan ahli keluarga yang lain untuk mengesan PDD adalah penting supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan untuk mengelak musibah.


Ini adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan jika anda rasa terkesan dengan PDD:

  1. Beritahu doktor/nurse anda: Jangan rasa segan atau takut nak luahkan apa yg anda rasa. Rawatan yang sesuai boleh diberikan apabila masalah dikesan.

  2. Therapy: Terus berjumpa dengan psychologist. Kadang-kadang ada yang rasa tak selesa nak beritahu masalah kepada doktor atau nurse.

  3. Kumpulan sokongan (support group): Melibatkan diri dengan kumpulan sokongan ibu-ibu dan ayah-ayah yang mengalami PDD boleh meningkat pemahaman terhadap masalah ini. It is always comforting to know that you are not alone.

  4. Penjagaan diri (Self-Care - “me time”): Utamakan penjagaan diri contohnya cukup tidur, makan makanan berkhasiat dan melakukan aktiviti fizikal. I know it is not easy bila dah ada baby. Maybe boleh minta ahli keluarga yang lain tolong jagakan baby sekejap. 1 atau 2 jam “me” time will make a lot of difference.

  5. Minta bantuan ahli keluarga: Jangan rasa bersalah untuk minta bantuan ahli keluarga atau kawan rapat. Selalunya ramai yang ingin membantu, tapi tak tahu nak approach sebab takut rasa kacau pula.

Last but not least, jangan lupa ya, kaum ayah pon boleh mengalami PDD.



a mother holding her baby, postpartum depression can be helped

Take care, everyone! To those yang rasa stress jaga baby - believe me,, things will get better.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page