Ramai pesakit yang saya kagumi.. kagum dengan ketabahan, kesungguhan dan kesabaran mereka.
Pesakit ini adalah salah seorang pesakit yang saya kagumi kerana kesungguhan dia menjaga kesihatannya. Dia adalah sebilangan kecil (20% dikalangan wanita Malaysia) yang menjalani ujian pap smear seperti yg disyorkan.
“Saya takut Dr”
Dia hulurkan keputusan pap smear yg dibuat beberapa minggu sebelumnya. Pesakit ini memang setiap 2-3 tahun buat pap smear. Keputusan sebelumnya semua normal. Dia tidak mempunyai apa-apa simtom.
HSIL - high grade squamous intraepithelial lesion.
“Saya ada kanser ke doktor?”
Saya terangkan satu persatu keputusan pemeriksaan dia.
“Apabila kita buat pap smear, apa yg kita nak tgk ialah sama ada, ada ke tidak sel-sel serviks yg tak normal. Ni adalah ujian saringan. Utk ujian pap smear Pn, ia menunjukkan Pn ada HSIL - merujuk kepada sel-sel yang tak normal ada. Untuk itu, ujian selanjutnya perlu dilakukan"
Ujian yang dimaksudkan itu ialah colposcopy. Ini utk melihat dengan lebih jelas lagi cervix, dan jika cervix nampak tidak normal, pempedahan kecil (LLETZ/LEEP) utk tujuan diagnosis dan rawatan dilakukan.
Pesakit setuju dengan rawatan yg disyorkan.
Apabila cervix dilihat with magnification, ada tanda- tanda yg membolehkan doktor tahu sama ada rupa yg tidak normal itu pra cancer atau tidak. Antara tanda- tandanya ialah:
Punctuation
Mosaicism
Increased vascularity
Acetowhite appearance
Utk pesakit ini, tanda- tanda itu ada dan saya telah perform LLETZ utknya …
Prosedur ini ambil masa dlm 15 - 30 mins.
Ada disesetengah tempat, procedure ini dilakukan di klinik (office setting) ada sesetengah tempat pula, ia dilakukan under general anaesthesia (bius penuh) di bilik pembedahan. Pesakit tak perlu bermalam di hospital.
Seminggu berlalu,
CIN III with endocervical extension. No invasive carcinoma noted. The ecto and endocervical margins are free from CIN lesion.
CIN III - ini adalah pra-kanser. Ini mengesahkan dapatan dari ujian saringan pap smear yg dilakukan pesakit.
No carcinoma noted - tiada kanser cervix (hanya ada pra-kanser sahaja)
Ecto and encervical margins are free from CIN lesion : ini bermaksud kesemua bahagian cervix yg pra-kanser telah dikeluarkan.
Ke semua ini saya terangkan kepada pesakit. Dia masih berasa takut. I think I can relate to her. Mana tak nya, cervix tak normal, pra-kanser…. Tapi dari pandangan saya, pesakit ni dah buat yang terbaik untuk dirinya. Things could be worse. Cuba bayangkan jika dia tidak membuat ujian pap smear tu secara berkala, ada kemungkinan cervix yang pra-kanser tu dah jadi kanser. Kalau dah jadi kanser, pembedahan yang lebih besar perlu dilakukan dan ada kemungkinan perlu chemotherapy dan radiotherapy.
Untuk pesakit ni, rawatannya telah lengkap. Rawatan susulannya adalah lagi 6 bulan, repeat balik pap smear, tgk normal atau tidak.
Inilah kepentingan saringan pap smear. Ia boleh menyelamatkan nyawa. Boleh baca posting sebelum ini. Kalau dah jadi kanser - nothing much can be done about it - sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..
Take care everyone.
Comments