Miscarriage atau keguguran berlaku kepada hampir 1/4 kehamilan. Ini bermaksud, daripada 100 yang hamil, hampir 25 mengalami keguguran.
Keguguran bermaksud, kematian janin sebelum janin boleh hidup sendiri (fetal viability). Di Malaysia keguguran didefinasikan sebagai kematian janin bawah 22 minggu/bawah 500g (WHO definition). Lain tempat lain definasinya. Misalnya di UK ambil cut off 24 minggu, dan US 20 minggu.
Dalam kebanyakan kes, sebab keguguran tidak diketahui.
Kromosom tidak normal dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan (cth: kencing manis tidak terkawal) adalah antara penyebab yang difahami.
Walaupun penyebab khusus keguguran tidak diketahui sepenuhnya, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko keguguran:
- umur ibu yang meningkat
- sejarah keguguran
- pengambilan alcohol
- pengambilan caffeine berlebihan
- merokok
- kemalangan (khususnya yg melibatkan bahagian perut)
Apabila wanita telah keguguran, biasanya janin akan dilahirkan secara semula jadi. Walaubagaimanapun, terdapat kaedah perubatan dan juga "cuci rahim" (dilatation and curettage - D&C) untuk mengeluarkan janin.
Selepas keguguran, pendarahan akan berlaku sehingga 2 minggu (selalunya). Haid akan datang kembali lebih kurang 4-6 minggu setelah keguguran.
Kepada pembaca yang mengalami keadaan ini, semoga urusan anda dipermudahkan dan rezeki baru tiba....
Comments