top of page

Fibroid, oh fibroid.


Uterus (rahim) yang ditumbuhi fibroid.
Uterus (rahim) yang ditumbuhi fibroid.


Fibroid atau ketumbuhan pada bahagian otot rahim biasa terjadi kepada wanita berumur 30 tahun ke atas. Selalunya fibroid tidak memberi apa-apa simtom melainkan jenis fibroid yang dekat dengan dinding rahim. Fibroid jenis ini menyebabkan haid yang banyak.


Pesakit X sihat sahaja, haid datang setiap bulan dan tidak berasa sakit pada bahagian perutnya. Dia selalu kerap kencing dan tidak dapat menahan kencing. Pada pesakit X ini adalah normal kerana dia berumur lebih 40 tahun. Tanpa disedari, sebenarnya dia menghidapi fibroid yang agak banyak dan besar. Fibroid - fibroid ini telah menyebabkan tekanan kepada pundi kencing pesakit X. Selain daripada itu, fibroid ini juga menyebabkan rahim menjadi bengkak dan besar maka dapat dirasai dibahagian perut seolah-olah mengandung 4 bulan.


Tidak semua pesakit yang menghidap fibroid perlu menjalani pempedahan, tetapi untuk pesakit X, fibroidnya banyak dan besar serta bergejala.


Untuk pesakit X, pembedahan laparoscopy telah dilakukan untuk mengeluarkan fibroid.



Fibroid no 4 dikeluarkan.
Fibroid no 4 dikeluarkan.

Fibroid no 1 - paling besar.
Fibroid no 1 - paling besar.
Dah siap jahit. Ini lebih menyerupai bentuk asal uterus.
Dah siap jahit. Ini lebih menyerupai bentuk asal uterus.

Pernah tak terfikir macam mana fibroid yang besar ini dikeluarkan? Untuk keluar fibroid ini dari luka yg kecil, ia perlu di"hancurkan" dahulu dengan menggunakan morcellator (macam blender).



Fibroid dihancurkan dengan menggunakan alat morcellator.
Fibroid dihancurkan dengan menggunakan alat morcellator.

Ini adalah fibroid yang telah dihacurkan dan dikeluarkan.
Ini adalah fibroid yang telah dihacurkan dan dikeluarkan.

Pembedahan laparoscopy dikaitkan dengan tempoh pemulihan yang singkat.


Hope you learn something from this.

Comments


© 2021 by Dr Elyana Noordin.

bottom of page