top of page
Writer's picturedrelyananoordin

Fibroid boleh memudaratkan kesihatan...

Fibroid adalah ketumbuhan pada bahagian otot rahim. It is common in females above 35. Selalunya, fibroid yg kecil tidak membawa apa-apa gejala dan hanya sedar kewujudannya apabila menjalani pemeriksaan kesihatan.

Tetapi bila fibroid besar atau jenis yg dekat pada dinding rahim (submucosal fibroid) ia boleh menyebabkan haid yang terlalu banyak sehingga menyebabkan anaeamia (kurang darah merah).



Saya pernah merawat Pn Ana (bukan nama sebenar), 52 tahun yang menghidap fibroid sebesar kandungan 5 bulan. Sudah beberapa kali Pn Ana dimasukkan ke hospital untuk pemindahan darah kerana kehilangan darah yg begitu banyak ketika haid. Hb level Pn Ana yang paling rendah adalah 5 (normal 11.5- 13 untuk wanita).


Pn Ana telah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan buang rahim (hysterectomy) kerana fibroidnya telah memudaratkan kesihatan tetapi Pn Ana tidak bersetuju kerana takut... Berkali-kali menasihatkan dan memujuk Pn Ana untuk menjalani pembedahan itu, tetapi masih tidak berjaya. Ialah - kita menasihatkan pesakit, tetapi kita tak boleh merasakan apa sebenarnya yg pesakit rasa.. Mungkin ada personal experience yg membuatkan Pn Ana membuat keputusan itu.


Disebabkan Pn Ana tidak bersetuju untuk menjalani hysterectomy, ubat hormone telah diberikan kepadanya untuk mengurangkan pendarahan ketika haid. Malangnya, tak lama selepas itu, Pn Ana mendapat komplikasi fibroid (yg besar) iaitu deep vein thrombosis (DVT - darah beku pada salur darah bahagian kaki) pula. Ini disebabkan oleh pengaliran darah pada bahagian pelvis yg terjejas akibat fibroid yg besar.


Kali ini, saya memang berkeras dan betul-betul memujuk Pn Ana untuk menjalani pempedahan hysterectomy. Akhirnya Pn Ana bersetuju untuk menjalani pembedahan itu. Actually, pada hari pembedahan tu, sebelum sign borang keizinan pembedahan, Pn Ana did try her luck pujuk saya supaya tak perlu buat 😋... Nasib baik dia setuju juga akhirnya.


Untuk pembedahan ini, ada extra procedure yg perlu dilakukan sebab Pn Ana ada DVT. Vena cava filter (tgk gambar ) perlu dimasukkan terlebih dahulu supaya darah beku dari DVT tu tak masuk ke salur darah paru-paru yang boleh menyebabkan "pulmonary embolism".




Alhamdulillah, pembedahan Pn Ana berjalan lancar. Untuk Pn Ana, pembedahan yg dilakukan ialah total abdominal hysterectomy and bilateral salpingoophorectomy (TAHBSO). Sebab umur Pn Ana 52tahun, saya syorkan keluarkan kilang telur sekali (ovaries) on top of the hysterectomy. Pn Ana sekarang sudah sihat, kalau dulu kurus betul dia, sekarang dah naik sikit beratnya.




Kesimpulannya, kebanyakan fibroid tak berbahaya, tetapi kalau terlalu besar dan menyebabkan hadi banyak, fibroid boleh memudaratkan dan perlu dirawat.

7 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page