"Endometriosis is the presence of tissue outside the uterine cavity that is similar to normal endometrium"
Ini adalah huraian yg typical daripada O&G textbook, then it goes on to symptoms, clinical findings, investigation, management etc.....
Learning about a disease is not the same as seeing the disease; let alone suffering from the disease. Fair to say I don't realized how bad things can be with endometriosis until I met a few patients with this.
Pesakit A, dah 2 kali pembedahan mengeluarkan endometriotic cyst. Tak lama selepas itu, cyst menjadi semula dan menyebabkan pesakit A mengalami senggugut yang teruk. Dia terpaksa mengambil 3 jenis ubat tahan sakit, dan selalunya ubat-ubat ini masih tidak juga berkesan dan dia terpaksa pergi ke Emergency Department untuk mendapat ubat tambahan.
Pesakit B, telah mengalami kesan endometriosis lebih 10 tahun. Dia telah dirawat dengan pelbagai cara - ubat tahan sakit, ubat hormone dan pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cyst dan "ablation" kepada endometriotic spots. Dia pulih tidak lama dan senggugut yang teruk datang kembali. Akhirnya, pada usia yg muda (32tahun) dia telah memilih untuk menjalani pembedahan total abdominal hysterectomy and bilateral salpingoophorectomy (TAHBSO) - buang rahim dan 2 kilang telur (ovaries). Semestinya sukar untuk pesakit B ini untuk membuat keputusan yg boleh dianggap extreme ini, tetapi hanya dia sahaja yang tahu betapa terseksanya dia dgn kesakitan endometriosis ini.
Rawatan untuk endometriosis:
Ubat tahan sakit (analgesia)
Hormonal treatment - combined oral contraceptive pills (COCPs), progestins
GnRH agonist
Pembedahan
a. laparoscopic ablation - "bakar" endometriosis
b. laparoscopic cystectomy - buang cyst
c. TAHBSO - usually last resort.
Semoga article ini bermanfaat.
Комментарии