top of page
Writer's picturedrelyananoordin

Cerita KOBIS - breastfeeding & breast engorgement (bengkak susu)

Updated: Sep 6, 2023

Abah gelabah.. Semua gelabah...


"Kobis, beli kobis!"



cabbage in helping breast engorgement

Waktu tu dah 11 malam. Kedai dah tutup. Kalau kedai bukak pon, mungkin kobis dah habis.


"Cari kat kedai makan" cadang Ma.


My husband was not around that time. He was posted to Melaka Hospital. Nasib baik masa tu aku tinggal sekali dengan parents lagi. Ramai ada kat rumah. Maka adik ipar yang dikerahkan cari kobis malam-malam.


Aku menangis menahan sakit sejak 3 jam sebelum nya. Bengkak susu (breast engorgement) dirasakan azab, memang azab. Terlaku sakit ibarat kalau terkena sehelai benang pon boleh dirasai sakit nya. Kalau begini, bayangkanlah betapa sakitnya lagi kalau diperah. Bengkak yang amat sampai saiz jadi hampir 5 kali saiz biasa. Bila dilihat, seakan-akan belon yang akan pecah.


Hareez menangis lapar, dalam masa yang sama, tak mahu minum juga. Formula milk - memang aku tak beli. Aku cuba perah sambil menangis lagi menahan sakit. Perah tukar-tukar posisi. Guna pam susu, tapi sebab bengkak susu (breast engorgement) teruk, flanges untuk pam juga tidak melekat dgn baik kerana bengkak itu. Tuam pon dibuat juga. Menangis lagi, Hareez pon terus menangis. Pam lagi. Tuam lagi. Ulang-ulang banyak kali, tak juga susu keluar. Keadaan yang stress ni tak membantu.


Walaupun dah kursus pengurusan laktasi hampir seminggu, lain rasanya bila kena diri sendiri. Katanya, kalau bengkak susu (breast engorgement), tuam, cuba perah - macam senang. Tak jadi cara ni. Masa kursus tak diberi tahu bengkak susu ni sakit sangat. Tak de juga gambaran yang bengkak susu ni ambil masa yang lama untuk diselesaikan.


Aku menangis lagi. Masa ni tak tau nak perah susu dengan cara yg betul. Masa kursus, tak focus agaknya. Atau ego sangkakan masalah ni tak jadi pada diri sendiri. Kalau tau cara yang betul perah susu, maybe pendek sikit azab ni.


Kobis sampai. Letak kobis. Gilir-gilir dengan pump, tuam, urut. Tak juga settle. Dah pukul 1 pagi.... Adik setia tolong teman, tolong pujuk. Dia pon nampak buntu juga, dah tolong apa yang mampu. Ma jaga Hareez yang menangis. Aku pam lagi, kali ni posisi badan menghadap lantai. Logik nya nak guna kuasa graviti juga. Lepas berulang-ulang pam sambil menangis, akhirnya susu keluar. Ya Allah... betapa leganya lepas tu. Nangis lagi, nangis sebab happy.. Adik pon lega, Ma & Abah pon lega....


Aku bernasib baik aku mempunyai sokongan ahli keluarga yg kuat. I dont know what would have happened to me if i was alone.


Jadi, membantu ke kobis ni? Maybe lahh kasi relief sikit. In the end memang kena pam juga nak keluarkan susu.


To all mothers out there, especially new mothers, breastfeeding is not easy initially. Surely there will be a little bit (sometimes quite a lot) of stress. Trust me, you will be fine and once you get the hang of it - it will be very convenient.


2 tips nak berjaya breastfeeding and nak elak bengkak susu:

  1. Latching kena perfect - with perfect latching the breast will be emptied fully and make enough milk.

  2. Marmet technique (for breast milk expression) - kalau breast dah engorged, usually baby wouldn't want to latch and breast pump wouldn't work. So will need to use this technique at least initially to relieve the engorgement.


All the best mommies!

83 views0 comments

Commentaires


bottom of page