top of page
Writer's picturedrelyananoordin

Berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih ada.. (UV prolapse)

I feel so blessed that I am able to meet a lot of people in my career and able to learn a lot from them. Selalu teringat kisah seorang pesakit yg berusia 70an. Dia datang untuk pemeriksaan berkala kerana menghidap overactive bladder (OAB) - selalu berasa nak buang air kecil - dan juga uterovaginal prolapse (UV prolapse) - rahim jatuh. Disebabkan OAB, pesakit ini terpaksa memakai tiub kencing, dan untuk UV prolapse, dia terpaksa memakai ring pessary (sejenis alat yg mengampu rahim supaya tidak jatuh).



Pesakit ini tidak boleh berjalan sendiri, jadi kena naik wheelchair. Setiap kali datang, dia ditemani anak lelakinya. Bertahun-tahun follow up pesakit ni, menang anak lelaki yg sama datang.


"Tak siapa sayang kan saya, anak-anak semua tak jaga" pesakit ini selalu mengadu begitu setiap kali datang. Tapi lihat keadaannya, terurus rapi dan bersih .


Anaknya senyap sahaja. Dia cakap mak sudah pelupa. Setiap hari dia hantar makanan ke rumah mak, uruskan mak, cuci najisnya. Mereka tak tinggal serumah, tapi bersebelahan. Boleh tau anaknya bercakap benar melihatkan keadaan pesakit yg elok.


Kagum dengan kesabaran anak ini, jaga ibunya yg dah tua dan uzur.. Dan mungkin kata-kata ibunya boleh membuatkan dia kecil hati, tetapi selalu dia senyap dan senyum sahaja. Tidak senang nak menjaga org tua. Macam kita beri perhatian kepada bayi, mereka perlu perhatian sebegitu juga bila sudah tua. Mereka senang kecil hati , senang merajuk. Sekali lagi, mmg kagum lah dengan anak pesakit ni. Tak putus bawa ibunya datang untuk rawatan.


Semoga kita boleh mencontohi org-org seperti anak pesakit ni. Tentu besar pahala untuknya.


5 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page